COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Khamis, 22 Mei 2014

IMPOSSIBLE IS NOTHING



Salam hormat.
Agak lama juga tak ke udara, kan? Opps... Hehe.

Cerita kali ni tentang satu pencapaian peribadi seorang Pemandu Kenderaan Berat yang sudah melalui serba sedikit rentak dan lagu sumbang sebagai Dreba muda sehinggalah sekarang ni dah pun Dreba Tua.

Kisah seorang Pemandu Lori buruk yang disiarkan dalam sebuah Majalah yang diterbitkan oleh sebuah Syarikat Pembuat Trak Terkemuka Dunia. Errr... Biar betik betul?

Macam cerita dongeng je kot?





Begini kisahnya.

Ia bermula dengan satu Komen di ruang Page Facebook sebuah Syarikat Pengeluar Trak.
Selepas berbalas komen dan beberapa kajang kali mesej peribadi melalui Facebook, abang dijemput untuk menjadi seorang model sebahagian artikel di Majalah Volvo Uptime edisi Pertama dalam Format Baru untuk tahun 2013 (tu dia... dah satu kurun baru nak cerita?)



Pada hari yang dipersetujui bersama, datanglah Wakil Editor Volvo UPTIME Magazine dari Shah Alam ke Autocity Juru Pulau Pinang untuk menemuramah (ramah ke?) abang serta mengambil gambar abang di samping lori buruk yang abang pandu ketika itu.



Untuk abang, itulah kali pertama melalui pengalaman sebagai ''subjek'' kepada sesuatu artikel sebuah majalah. Apa lagi ia adalah keluaran sebuah Syarikat terkemuka dalam industri Trak sedunia, iaitu VOLVO TRUCKS MALAYSIA.



Selepas sesi bergambar yang begitu mencabar, (kerana modelnya sangat tidak berbakat) kami duduk untuk sesi Temuramah pula.
Pelbagai soalan ditanyakan dari segala aspek berkaitan Trak serta Pekerjaan abang selaku Dreba Lori yang tua, memandu lori yang buruk pula.
Bersungguh-sungguh abang menjawab setakat yang mampu (sambil dibantu oleh google translate) kerana semua perkataan adalah dalam bahasa omputih ngko...



Selepas kira-kira sebulan kemudian, Majalah Volvo UPTIME Edisi 1/2013 muncul dengan Format yang baru, dan kisah serta gambar abang terbit dalam ruangan ME AND MY VOLVO.



Apa yang abang rasa?
Terlalu banyak sehingga tidak tahu hendak ditafsirkan dengan kata-kata, tapi yang nyata ia adalah sebagai satu pemangkin semangat serta satu pencapaian peribadi yang tidak pernah terfikir (not even in my wildest dream) oleh abang.



Mungkin bagi artis atau orang kenamaan, (juga Blogger tersohor) keluar cerita tentang mereka dalam majalah adalah biasa biasa ler...
Namun ia luarbiasa bagi seorang Dreba Lori setahap abang, yang berada di luar ruang lingkup ''glamour'' atau '' tumpuan orang ramai''.



Sekalung Terima Kasih abang ucapkan untuk VOLVO TRUCKS MALAYSIA kerana percaya dengan serba sedikit keupayaan abang dalam meyampaikan apa yang abang pernah lalui sebagai seorang Trucker di abad ke 20 dan 21.

Kisah ini sudah kerap kali abang ulangi kepada rakan-rakan seperjuangan para Truckers dan Coach Captains.
BUKAN untuk menunjuk-nunjuk atau mendabik dada TAPI...
SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT BAHAWA TIADA YANG MUSTAHIL DALAM KEHIDUPAN INI, WALAU SIAPA PUN KITA ASALKAN KITA MAHU MENCARINYA...

- impossible is nothing -


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.

 Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...