COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Khamis, 9 Februari 2012

WORDLESS ... Sekali lagi !


Muara Sungai Melaka


Sedar atau tidak, sejak kebelakangan ini abang jarang update entry di blog kecik gelap gelemat ni.

Sesekali abang masuk menjawab komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca yang masih sudi singgah menatap hikayat lama seorang bekas pemandu bas ekspres yang kini pemandu lori sambil menulis blog secara  wannabe.



Pagi semalam, sebaik membuka Gmail, terpandang satu komen dalam entry  Wordless Wednesday (ROTI J)
Abang Sham Ondscene! Seorang Mentor yang amat jarang membalas komen walaupun dalam blog miliknya sendiri !
Awal pagi lagi (kira-kira jam 0700) beliau singgah untuk meninggalkan komen di sini.
Abang terasa seperti ada 'sesuatu', tapi masih belum pasti apakah ia?



Tengah malam tadi, selepas selesai membelek beberapa perkara di internet, abang menolak tetikus kepada bookmark  blog Ondscene. Terdapat satu entry baru berkenaan Wordless Wednesday (yang ke 2!) untuk hari Rabu minggu ini.

Belek punya belek, terpandang side bar. EH ? Ada kotak baru di situ ?

WOW ! Ada satu HADIAH lagi yang abang dapat untuk kali ini dari Abang Sham Ondscene!



Terharu ? Ya ! Itulah perasaan yang datang mendadak dalam hati sanubari abang. Walaupun jika hendak dibandingkan, blog abang terlalu kerdil untuk diletakkan sebaris dengan blogger-bloger lain, namun entah di mana istimewanya blog ini di mata Abang Sham untuk beliau meletakkan ia paling atas dalam senarai itu.

Alexa Ranking Blog ini - jauh ...


TERIMA KASIH, Abang Sham! Hanya itu yang termampu saya ucapkan pada penghormatan yang amat besar pada saya!

Alexa Ranking Blog Abang Sham ! - macam Langit dengan Bumi, kan?


Ia seumpama mendapat HADIAH lagi, selepas beberapa kali mendapat yang seumpamanya (klik sini) sebelum ini...

Sekali lagi, TERIMA KASIH, Abang Sham...    Ini dah jadi WORDLESS THURSDAY untuk saya ...



Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...