COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 11 Disember 2011

WALAUPUN KECIL, MOGA IA JADI SATU INSPIRASI - (UPDATE)

2202 hrs 10/11/2011 at Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia


Semalam (10 Disember 2011) ada Gerhana Bulan Penuh selama hampir sepanjang malam.


Abang ambil kesempatan untuk melihatnya sambil mengambil gambar, tapi tanpa peralatan canggih. Cuma berbekalkan sebuah kamera poket jenis auto dengan 12 megapiksel.

Hampir separuh malam tadi, merenung bulan sambil mengambil gambar dengan pelbagai cara. Lebih 50 kali snap tanpa kelengkapan sesuai. Beralaskan kusyen motorsikal kapcai sebagai ganti tripod (atau uni-moto pod?) abang cuba sedaya upaya untuk mendapatkan barang sekeping dua gambar yang boleh disimpan sebagai kenangan Gerhana Bulan Penuh di penghujung Disember 2011 ini.



Akhirnya setelah lewat malam, selepas mata pun semakin kabur (kerana rabun jauh dan silau pada waktu malam) abang pun memindahkan fail gambar yang diambil tadi kepada komputer. Namun hati terasa sedikit hampa, kerana dalam banyak-banyak yang diambil hampir semuanya kabur oleh kerana vibration atau keadaan fokus yang tidak sesuai langsung (maklumlah kamera pun autofokus).

Begitupun, ada satu gambar yang kelihatan boleh dijadikan subjek. Lalu abang crop sedikit dan upload kepada satu laman facebook yang mendedikasikan kepada 'Eclipse'. (di sini)



Tak mengharapkan apa-apa, kerana gambar-gambar lain yang telah dihantar sebelumnya kelihatan sangat-sangat cantik dan canggih kerana mereka menggunakan kamera yang sesuai dengan ketepatan ukuran cahaya serta bukaan.

Sangkaan abang meleset, rupanya gambar kecil tanpa sebarang kelengkapan apa lagi pengetahuan tentang fotografi mendapat pujian dari pakar yang sentiasa 'bermain' dengan segala gambar-gambar canggih dari langit sana.



Sungguh ! Terharu yang amat... Usaha yang tidak pun dirancang menerima sebegitu tinggi kredit dari orang yang amat tahu tentang benda itu.

Rupanya, ada perkara yang kita sangka amat kecil, tetapi dipandang besar oleh mereka di luar sana.

Sesungguhnya, ini suatu INSPIRASI buat  abang dan semua yang sudi membaca blog kecil abang ini.

2307hrs : 10/12/2011

2309 hrs : 10/12/2011

Dan pada hari ini, laman web mereka, (di sini) telah memuat naik gambar yang sama untuk tatapan pengunjung web tersebut. Sekali lagi abang merasa terharu dengan penghargaan yang diberikan untuk sumbangan sekecil itu jika hendak dibandingkan dengan gambar-gambar lain yang begitu cantik kerana mereka menggunakan kamera dan peralatan canggih bersama dengan pengetahuan fotografi yang tinggi.


Rupanya sehingga setakat ini, hanya gambar yang dihantar oleh abang itu sahaja yang datang dari MALAYSIA.


bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan antara dua gambar itu





Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments